Wednesday, January 14, 2009

Keronsang Emas - Sahabat Seperjuangan.

Sahabat seperjuangan saya yg berasal dari Kota Bahru Kelantan yg kini telah menetap di Seremban 2, Seremban N9 salah satu contoh usahawan muda yg telah menempa nama dlm industri kerja kahwin. Beliau yg saya kenali sbg Madiana ( Diana ) yg saya kenali semasa majlis pertunangan sepupu saya hampir 3 tahun dlu telah berjaya menketengahkan dirinya dalam pengurusan kerja kahwin. Bersama suaminya, adek perempuan & adek lelakinya, beliau terus berusaha gigih utk mempelopori perniagaan ini sejak tahun 2002 lagi. Dgn memberikan pakej2 perkahwinan yg berpatutan serta menepati citarasa gaya kotemporari dekorasi perkahwinan, pelanggan beliau terdiri drpd sahabat handai, org kenamaan, mampu merealisasikan impian pelamin impian raja sehari. Tidak hairanlah mengapa perniagaannya tidak putus2 dgn menerima tempahan yg menggalakkan drpd pelanggan. Rahsia jayanya dlm perniagaan ini adalah 1. menepati citarasa, 2. harga yg boleh dirunding, 3. sentiasa merendah diri dan ramah mesra. InsyaAllah, pembukaan butik keronsang Emas bakal dibuka di bandar Seremban seawal tahun 2010 hasil kerja keras beliau selama ini.
Segala maklumat dan keterangan mengenai beliau dan syarikat Keronsang Emas, anda bolehlah melayari blog beliau seperti berikut. InsyaAllah layanan terbaik akan diberikan demi kepuasan setiap pelanggan.

No comments: